»PERMAI Rainforest tawar pengalaman alam semula jadi dalam hutan hujan Borneo.
Lari sebentar dari kesibukan kota, pengunjung boleh menikmati penginapan berlatarbelakangkan alam semula jadi di Permai Rainforest Resort yang terletak hanya 35 kilometer dari bandar raya Kuching.
Ia merupakan pusat peranginan ekopelancongan yang terletak di tepi laut di bawah kaki bukit berbumbung hutan hujan gunung Santubong.
Lokasi ini unik untuk melakukan aktiviti berkhemah atau beriadah bersama-sama keluarga.
Terdapat banyak hidupan liar dan pelbagai aktiviti rekreasi untuk dicuba.
Antaranya, menelusuri hutan dan perjalanan semalaman di dalam hutan ke laluan bertali tinggi, berkayak dan menyaksikan ikan lumbalumba.
Permai Rainforest Resort atau lebih dikenali sebagai Kem Permai sesuai untuk semua peringkat umur.
Antara aktiviti lain boleh dilakukan termasuklah mendayung, menaiki bot dan mendaki.



