NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Permaisuri Agong berkenan merasmikan Juma’ani Pavilion

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PERASMIAN… Tunku Azizah menandatangani plak sekali gus menyempurnakan perasmian Juma’ani Pavilion pada Majlis Makan Malam Perasmian Juma’ani Pavilion, di Vista Tunku Petra Jaya, dekat sini, malam tadi FOTO: JAPEN 

KUCHING: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Majlis Perasmian Juma’ani Pavilion di Vista Tunku Petra Jaya, dekat sini.

Keberangkatan tiba Tunku Azizah pada 8.14 malam tadi disambut oleh isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggas Embas dan Menteri Pelancongan, Seni Persembahan dan Industri Kreatif Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta tetamu kehormat yang lain.

Sehubungan itu, Tunku Azizah yang juga Penaung Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah turut menyempurnakan pelancaran Juma’ani Pavilion dan sempat meluangkan masa kira-kira satu jam untuk mengadakan lawatan bagi melihat sendiri koleksi rekaan pereka tempatan seperti pakaian, beg tangan serta kasut yang ditawarkan di tempat tersebut.

Pavilion Juma’ani juga merupakan bangunan empat tingkat dilengkapi dengan Galeri Fesyen Warisan Centexs (Centexs Heritage Fashion Gallery); Pengeluaran Fesyen Warisan Centexs (Centexs Heritage Fashion Production); Pereka dan Galeri Pintar (Designer and Smart Gallery) dan Pejabat Centexs Commercial.

Baca lain  Lebih 1,500 warga Miri hadiri Majlis Kesyukuran Hari Lahir TYT Sarawak

Juma’ani Pavilion diuruskan sepenuhnya Centexs Commercial dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) dan Warisan Pintar Old Kuching (OKSHe).

Pada masa yang sama, ia juga berfungsi sebagai platform untuk menghasilkan produk-produk dan pemasaran di bawah jenama Juma’ani oleh Fesyen Warisan Centexs (CHF).

Produk-produk yang terdapat di Juma’ani Pavilion terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Royal, VIP, pakaian pejabat , koleksi keluarga dan kanak-kanak seperti baju, beg, kasut, “Ready to wear”, tudung, aksesori serta perkakas rumah.

Ia juga mempunyai dua jenis galeri iaitu Premium dan Artisan. Untuk Premium Gallery, produk yang dijual di sini dikategorikan sebagai Royal dan VIP Product yang lebih eksklusif.

Justeru, kewujudan hab fesyen itu juga diyakini berpotensi menjadi destinasi pelancongan fesyen antarabangsa di Borneo dan Kalimantan.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus; Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; Timbalan Setiusaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ahli lembaga Pengarah Centexs dan Centexs Commmericial Services Datuk Dr. Sabariah Putit; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecemerlangan Teknikal (Centexs) Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman; isteri Uggah, Datin Amar Doreen Mayang; isteri Abdul Karim, Datin Zuraini Abdul Jabar serta wakil yang lain.

Baca lain  PM jelaskan isu tarik rayuan kes kalimah Allah
RAKAMAN KENANGAN… rakaman kenangan ketika Tunku Azizah mengadakan lawatan ke Juma’ani Pavilion selepas majlis perasmian, malam tadi. FOTO: JAPEN 

 

RAKAMAN KENANGAN… rakaman kenangan ketika Tunku Azizah mengadakan lawatan ke Juma’ani Pavilion selepas majlis perasmian, malam tadi. FOTO: JAPEN 

 

RAKAMAN KENANGAN… rakaman kenangan ketika Tunku Azizah mengadakan lawatan ke Juma’ani Pavilion selepas majlis perasmian, malam tadi. FOTO: JAPEN 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru