KUCHING: Bangunan baharu untuk Persatuan Autisme Kuching (KAA) dijangka siap pada suku pertama tahun 2026, sekali gus membolehkan pusat tersebut menampung lebih ramai pelajar.
KAA berkata, peluasan itu penting bagi memenuhi permintaan kemasukan yang semakin meningkat.
“Di pusat kami, kami komited untuk meningkatkan kualiti hidup individu autisme dengan menyediakan latihan kemahiran hidup harian dan memupuk bakat unik mereka.
“Namun, disebabkan kekangan ruang, kami kini mempunyai senarai menunggu yang panjang.
“Setiap tahun, kami berusaha keras mengumpul RM750,000 bagi memastikan yuran kekal rendah untuk keluarga yang memerlukan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Majlis diserikan dengan kehadiran isteri kepada Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

Dalam pada itu, Pesta Makanan Autisme, iaitu acara kutipan dana tahunan terbesar KAA, menampilkan 85 gerai yang menjual pelbagai juadah tempatan, barangan terpakai, hadiah buatan tangan dan pelbagai lagi.
Acara turut dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh pelajar KAA dan kumpulan sukarelawan penari, menarik sokongan daripada masyarakat setempat.






