ARTIKEL

PRIHATIN... Shafizan menyantuni keluarga Japar di Kampung Tengah Kalok.

Permohonan bina rumah baharu untuk mangsa kebakaran Kampung Tengah Kalok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, mengharapkan agar kerajaan dapat mengusahakan bantuan lain termasuk pembinaan rumah baharu bagi meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Tengah Kalok, Sabtu lalu.

Beliau melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa keluarga Japar Buang yang kehilangan tempat tinggal dan hanya tinggal sehelai sepinggang.

“Saya sangat bersimpati dengan apa yang berlaku dan berharap agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian daripada Allah ini.

Saya juga berharap agar kerajaan dapat menyalurkan bantuan lain seperti pembinaan rumah baharu kepada keluarga Japar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyantuni keluarga mangsa kebakaran di kampung tersebut, semalam.

Dalam kunjungan itu, Shafizan turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada keluarga terbabit sebagai bantuan segera.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga Japar, terutamanya dalam menyambut kedatangan Syawal,” ujarnya.

Shafizan turut merakamkan penghargaan kepada agensi-agensi yang telah tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menyumbang makanan dan pakaian, manakala Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Dato Godam yang diketuai Ketua Kampung Zaidi Jiee turut menyumbangkan RM500.

JKKK Kampung Hulu Pusa yang diketuai Ketua Kampung Brahim Bakar juga menyampaikan sumbangan RM500.

Dalam kejadian pagi Sabtu lalu, rumah keluarga Japar musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Terdahulu, Shafizan turut meneruskan kelaziman sempena Syawal dengan menziarahi sanak saudara di Kampung Pusa.

Menurutnya, amalan kunjung-mengunjung bukan sahaja menyemarakkan suasana Aidilfitri, malah menjadi platform menyatukan ahli keluarga dan sahabat handai di kampung, khususnya di Kampung Pusa.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha