ARTIKEL

Permohonan sewa Pesta Jualan Tahun Baru Cina 2024 dibuka pada Isnin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Permohonan sewaan gerai bagi Pesta Jualan Tahun Baru Cina 2024 di sekitar pusat komersial Kenyalang Park akan mula dibuka pada 11 Dis (Isnin) ini.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, permohonan hanya diterima sehingga 29 Dis (Jumaat) sebelum jam 4 petang pada tarikh tersebut.

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter perkhidmatan yang terletak di lobi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Sebarang permohonan lewat tidak akan dilayan selepas tamat tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang awam yang ingin mendapatkan sebuah gerai bersaiz 4’X8′ akan dikenakan sewa berjumlah RM110, diikuti RM60 untuk pemilik gerai asal yang ingin menyewa di hadapan atau sebelah kedai mereka.

Pesta tahunan Tahun Baru Cina bagi tahun 2024 anjuran MBKS akan diadakan bermula 26 Jan sehingga 9 Feb selama 15 hari.

Sehubungan itu, Majlis berhak membatalkan Pesta Jualan sekiranya diarahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sekiranya wujud sebarang keadaan yang tidak dapat dielakkan berlaku.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah