Trending

Permohonan untuk membatalkan MA63 ditolak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Permohonan saman yang difailkan oleh 12 orang untuk membatalkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai dalam mencapaikan keputusan hari ini selepas membuat pertimbangan wajar berpendapat bahawa tuntutan plaintif adalah tidak mampan.

Jelas beliau, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Di bawah Pelembagaan Persekutuan Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia.

“Sabah dan Sarawak tidak boleh menjadi sebahagian daripada Malaysia tanpa pindaan Pelembagaan Persekutuan yang mana pindaan memerlukan dua pertiga majoriti parlimen dan persetujuan Sabah, Sarawak.

“Mahkamah ini tidak boleh mengabaikan dan menulis semula Perlembagaan Persekutuan yang mana mahkamah akan bersalah jika membenarkan pengisytiharan yang diminta dalam saman terbabit,” katanya.

Oleh itu, Alexander memutuskan Penyataan Tuntutan Pindaan dibatalkan dengan serta-merta dan ditolak dengan kos sebanyak RM10,000 untuk setiap permohonan.

Terdahulu, saman tersebut difailkan oleh plaintif diketuai Dorus Katam Juman dengan alasan MA63 adalah terbatal dan tidak sah serta Sabah dan Sarawak berhak keluar dari Persekutuan Malaysia untuk kemerdekaan.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru