ARTIKEL

Perodua dan Proton kuasai 66.3 peratus pasaran automotif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional dijangka mengekalkan momentum jualan sepanjang 2026, disokong kedudukan Perodua yang kukuh dalam segmen kenderaan mampu milik dan jualan Proton yang baik, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

Menurut Bernama, dalam nota penyelidikan hari ini, HLIB mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 800,000 unit bagi 2026, didorong prestasi kukuh pengeluar peralatan asli (OEM) nasional.

TIV September 2026 naik 18.4 peratus tahun ke tahun kepada 69,600 unit berikutan kesan asas rendah, tetapi susut 4.2 peratus berbanding bulan sebelumnya kerana pengguna menunggu Belanjawan 2027 dan Perodua menutup operasi sementara untuk penyelenggaraan.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, TIV meningkat 4.1 peratus kepada 604,700 unit, dengan Perodua dan Proton menguasai gabungan 66.3 peratus pasaran berbanding 62.1 peratus pada 2025.

Perodua menjual 247,400 unit dan kekal peneraju dengan penguasaan 40.9 peratus walaupun jualan turun tiga peratus, manakala jualan Proton melonjak 39.2 peratus kepada 153,300 unit hasil model baharu dan harga kompetitif.

BERITA LAIN

Bot elektrik berpotensi pacu pelancongan sungai

KUCHING: Bot elektrik yang diuji menerusi kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) berpotensi digunakan bagi menyokong aktiviti pelancongan,

BERITA TERBARU