ARTIKEL

LAWAT… Royston mengadakan lawatan ke SK Kampung Petanak, semalam. | Foto: UKAS

Perpindahan SK Kampung Petanak perlu dipercepat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak menggesa proses perpindahan ke bangunan baharu sekolah tersebut dipercepatkan demi keselesaan serta keselamatan murid.

Perkara itu dinyatakan oleh mereka semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine ke tapak pembinaan sekolah baharu berkenaan.

LAWAT… Royston mengadakan lawatan ke SK Kampung Petanak, semalam. | Foto: UKAS

Menurut Royston, projek tersebut adalah pakej gantian penuh yang melibatkan SK Dua Sungai, SK Kampung Petanak dan SK Dijih, Selangau di bawah satu kontrak bernilai RM21 juta, dibiayai menerusi peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf sekolah daif di seluruh negara.

“Saya berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana terus komited memastikan semua prosedur yang melibatkan kelulusan bangunan projek sekolah tersebut dipercepatkan.

RAKAM KENANGAN…. Royston merakam kenangan bersama yang lain selepas lawatan tersebut. | Foto: UKAS

“Perpindahan segera ke bangunan baharu akan memberi manfaat besar kepada murid, guru dan komuniti setempat,” katanya ketika lawatan tersebut, semalam.

Setakat ini, pembinaan ketiga-tiga sekolah berkenaan dilaporkan berjalan lancar, namun pihak PIBG dan guru berharap tarikh penyerahan rasmi bangunan dapat dimuktamadkan lebih awal.

Ini bagi memastikan sesi persekolahan dapat dijalankan di fasiliti baharu yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

Dalam pada itu, Royston memberitahu bahawa projek ini dijangka memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar Mukah dan Selangau, sejajar dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur asas pendidikan demi masa depan generasi muda.

Selesai lawatan di SK Kampung Petanak, Roystin turut mengadakan lawatan di SK Dua Sungai, Mukah.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha