KUALA LUMPUR: Perpecahan kerjasama antara PAS dan Bersatu dijangka memberi kesan kepada kekuatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
Penganalisis politik berpendapat keadaan itu boleh melemahkan penyelarasan jentera, strategi kempen dan pembahagian kerusi yang sebelum ini menjadi kekuatan utama pembangkang.
Mereka turut berpandangan undi penyokong pembangkang berisiko berpecah sekiranya kedua-dua parti bertanding secara berasingan.
Situasi itu dijangka memberi kelebihan kepada parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya di kerusi yang mempunyai persaingan sengit.
Perkembangan tersebut tercetus selepas PAS mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu baru-baru ini seperti dilapor Bernama.



