Trending

Perpustakaan mini di rumah panjang luar bandar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SPAOH: Rumah panjang luar bandar wajar mempunyai perpustakaan mini sendiri.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata rumah panjang luar bandar kini menjadi komponen penting dalam pendidikan.

PENUTUPAN PERAYAAN… Uggah merasmikan ‘Ngiling Tikai’ bagi menandakan berakhirnya sambutan Gawai Dayak di Rumah Jabin Begilie, Tembawai Tinting.

Katanya, perpustakaan boleh memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar dari peringkat prasekolah lagi.

“Ini akan membantu pelajar untuk sentiasa gemar belajar hingga ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kursus Penguasaan Bahasa Inggeris untuk pelajar SK St John, yang diadakan di Rumah Jabin Begilie, Tembawai Tinting di sini hari ini.

Uggah menambah, perpustakaan hendaklah dipenuhi dengan buku dan majalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan.

“Pelajar kita boleh bergantung kepada perpustakaan semasa cuti sekolah untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran.

“Di Sarawak, kita masih memberi penekanan yang kuat terhadap kedudukan Bahasa Inggeris.

“Sebenarnya Sarawak adalah satu-satunya negeri yang masih melakukan ini kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang sangat penting dalam komunikasi, pendidikan, perniagaan, sains, teknologi, dan sebagainya.

“Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah bahasa rasmi, kita juga mahu pelajar Sarawak mahir berbahasa Inggeris.

“Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri kita, kita menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan untuk bercakap dan berdebat.

“Kita juga telah melihat sekarang bahawa sistem pendidikan negara amat mementingkan pengajaran mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Bahasa Inggeris pada asasnya digunakan dalam pengajaran (STEM),” katanya.

Uggah kemudian mengumumkan geran RM10,000 bagi tujuan mendapatkan lebih banyak bahan bacaan untuk SK St John, dan geran RM100,000 untuk menambah baik bidang sukan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru