ARTIKEL

INI DIA... Affandi Ahmad mempamer poster mini program berkenaan.

Persatuan Lawan Pedang PSLPNS komited lahirkan bakat baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Sukan Lawan Pedang Negeri Sarawak (PSLPNS) komited melahirkan jaguh baharu dalam sukan itu sebagai langkah mempersiapkan atlet menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor.

Badan induk itu telah menganjurkan Klinik Pengenalan Asas Sukan Lawan Pedang 2025.

TIMBA ILMU… Antara sebahagian pelajar terlibat dengan klinik berkenaan.

Presiden PSLPNS Affandi Ahmad memberitahu program tersebut berlangsung hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong, Kuching.

Katanya, program sehari itu disertai 20 peserta terdiri daripada pelajar sekolah berkenaan.

“Pihak kami komited terus melahirkan bakat baharu dalam sukan lawan pedang.

“Justeru, diharap penganjuran klinik asas ini akan menjadi rangka permulaan menyemai minat dalam kalangan pelajar terbabit,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah Affandi, pihaknya turut memperluaskan penganjuran klinik berkenaan di sekolah-sekolah lain seluruh negeri ini pada masa akan datang.

Langkah tersebut amat perlu dilaksanakan bagi merealisasikan misi badan induk dalam memastikan Sarawak tidak ketandusan atlet lawan pedang pada masa akan datang.

Katanya, klinik berkenaan dikendalikan jurulatih yang berpengalaman luas dalam sukan lawan pedang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi