ARTIKEL

Persatuan pelajar rayu disediakan pengangkutan pulang ke kampung halaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pelajar Malaysia merayu kepada kerajaan agar dapat menyediakan pengangkutan khas kepada pelajar untuk pulang dari universiti ke kampung halaman masing-masing sebelum sambutan Hari Raya Puasa akan datang.

Bagaimanapun, menurut persatuan itu, setiap pelajar yang tinggal di kampus hendaklah menjalani ujian tapisan COVID-19 sebelum proses pulang ke kampung dan bagi mereka yang didapati positif COV ID-19 perlu menjalani kuarantin dan tidak dibenarkan pulang.

“Meskipun mereka telah tinggal lebih daripada 14 hari di kampus, adalah lebih baik bagi kita mengambil langkah perlu bagi mengelakkan sebarang risiko.

“Kami mencadangkan Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan kerjasama universiti dan kerajaan negeri menyumbang separuh subsidi bagi kos pengangkutan namun adalah lebih baik lagi jika kos pengangkutan ditanggung sepenuhnya tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh 15 persatuan pelajar termasuk Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).

Sementara itu, persatuan berkenaan juga menggesa para pelajar agar bertenang susulan perkembangan terbaharu COVID-19.

“Pelajar dinasihati agar terus mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini,” menurut kenyataan itu.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha