ARTIKEL

Persediaan rumah hadapi musim hujan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MALAYSIA hanya mengalami iklim hujan dan panas sepanjang tahun. Persediaan musim tengkujuh pula boleh dijangka bermula November sehingga Mac.

Justeru, persiapan menghadapi musim tengkujuh atau hujan lebat berterusan penting bagi keselesaan penghuni dan mengurangkan kerosakan rumah.

Minggu ini, penulis ingin berkongsi tip persediaan rumah pada musim tengkujuh.

PERIKSA SISTEM SALIRAN

Sistem saliran seperti saliran bumbung atau parit memainkan peranan penting ketika hujan lebat.

Periksa saliran rumah anda dan pastikan ia tidak tersumbat.

Buang sampah atau daun kering. Sekiranya sistem saliran tersumbat ketika hujan lebat, ia boleh menyebabkan air mencurah ke kawasan rumah dan saliran bumbung mudah rosak akibat menampung bebanan air.

Sukar untuk melakukan penyelenggaraan ketika hujan lebat.

Jika terdapat pokok yang memayungi bumbung rumah anda, ia mungkin memerlukan pembersihan dengan lebih kerap atau setiap minggu.

Bagi kawasan rendah, parit tersumbat juga menjadi ancaman berlakunya banjir kilat.

Pastikan parit di kawasan rumah anda berfungsi dengan baik agar bersedia menerima curahan hujan lebat.

TUTUP TINGKAP, PINTU

Seterusnya, sentiasa tutup tingkap dan pintu ketika musim hujan.

Musim hujan menjadikan persekitaran rumah lembap, seterusnya menyebabkan pertumbuhan kulat.

Jika tingkap atau pintu mengalami kebocoran, pastikan anda baiki sebelum musim hujan.

Kelembapan di sekeliling tingkap dan pintu menyebabkan pertumbuhan kulat aktif pada perabot rumah anda.

Perabot kayu juga mudah terkesan dan jangan hairan sekiranya terdapat kulat bersaiz tapak tangan tumbuh.

PERIKSA BUMBUNG

Pastikan bumbung dalam keadaan baik.

Anda harus memeriksa bumbung sebelum musim hujan untuk memastikan tiada kerosakan.

Walaupun hanya kerosakan kecil, pastikan terus dibaiki kerana ia mungkin menjadi lebih teruk ketika hujan lebat berterusan.

TIP TAMBAHAN

Pastikan bekalan makanan mencukupi di dapur.

Cuaca hujan membuatkan kita cenderung lapar.

Sekiranya bekalan makanan mencukupi, kita boleh berehat dengan tenang tanpa perlu meredah hujan untuk mendapatkan makanan.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

Tidak mudah basi

Ia melibatkan kuantiti besar dengan ribuan batang lemang terjual selain turut beroperasi di kediaman sendiri di Kampung Tupong. “Seperti kebiasaan, kami juga menjalankan operasi jualan

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36