ARTIKEL

ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep

Persempadanan DUN Sarawak: Henry Tunggu Dokumen Rasmi Rasmi SPR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep enggan membuat sebarang kesimpulan awal berhubung cadangan kajian semula persempadanan DUN Sarawak yang tular, sebaliknya memilih untuk menunggu dokumen rasmi dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) itu berkata, penelitian dokumen itu penting sebelum sebarang penilaian dibuat ke atas cadangan yang dikemukakan.

“Kita tunggu dokumen dipamerkan dahulu, baharulah kita tahu dengan lebih terperinci,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan dokumen SPR berhubung permohonan kepada PBT untuk menyediakan ruang pameran cadangan peta persempadanan semula kawasan DUN Sarawak yang dijangka menambah jumlah kerusi daripada 82 kepada 99.

Antara cadangan yang diperkatakan ialah pewujudan kerusi baharu Serayan, Jagoi dan Singai di bawah Parlimen Mas Gading.

Ketika ini, Henry merupakan wakil rakyat DUN Tasik Biru yang meliputi kawasan Jagoi dan Singai, iaitu antara kawasan yang dicadangkan menjadi kerusi baharu dalam syor kajian semula persempadanan DUN Sarawak.

Menerusi surat bertarikh 25 Jun 2026, SPR memaklumkan kepada Pengarah Unit Pentadbiran di Jabatan Premier Sarawak bahawa pihaknya merancang memasang papan pameran di pejabat majlis perbandaran, majlis daerah dan pejabat daerah di 31 kawasan Parlimen di seluruh Sarawak.

Menurut surat yang ditandatangani Pengarah SPR Sarawak Abang Noraffian Abang Ibrahim, pameran itu bertujuan memaparkan secara fizikal draf pelan dan pelan warta persempadanan bagi Kajian Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ketujuh mengikut tempoh yang akan ditetapkan oleh SPR.

Surat tersebut turut disertakan lampiran yang mengandungi cadangan kerusi baharu serta nama baharu bagi beberapa kawasan pilihan raya.

Antara kerusi baharu yang dicadangkan ialah Serayan, Jagoi dan Singai di bawah Parlimen Mas Gading; Pasir Pandak (Santubong); Matang dan Semarak (Petra Jaya); Maong (Stampin); Tabuan Jaya (Bandar Kuching); Samarindah (Kota Samarahan); Sungai Serin dan Bung Sadong (Puncak Borneo); Muara Lassa (Tanjung Manis); Tanah Mas (Lanang); Sungai Merah, Bukit Kemuyang dan Rasau (Sibu); Melekun (Kapit); Jepak Jaya dan Batu Niah (Bintulu); Bukit Beraya (Sibuti); Permaisuri, Tudan dan Lopeng (Miri); Usun Apau (Baram); Gunung Murud (Lawas); serta Matu dan Igan di bawah Parlimen Batang Lassa yang dicadangkan sebagai nama baharu bagi Parlimen Igan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah