ARTIKEL

Persempadanan semula kawasan pentadbiran DBKU perlu penilaian khusus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan mengkaji persempadanan semula kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) perlu dinilai secara khusus sebelum dilaksanakan, kata Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Ujarnya, ia bagi melihat impak dari segi hasil dan perbelanjaan aktiviti, sumber manusia dan pembangunan kepada kawasan yang terlibat dalam usaha mencapai matlamat ke arah membentuk sebuah bandar raya yang mampan.

“Saya berpendapat, memang ada keperluan untuk mengkaji persempadanan semula kawasan pentadbiran terutamanya melibatkan DBKU.

“Bagaimanapun, ia memerlukan pendekatan dan pelan tindakan yang lebih cekap dari segi kos perkhidmatan dan keberkesanan dalam pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman mengenai perancangan DBKU untuk membuat persempadan semula terutamanya melibatkan kawasan Tupong, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini.

“Contohnya Dun Tupong berada berdekatan dengan pusat pentadbiran DBKU, dari segi kapasiti DBKU bersedia untuk mengambil alih sekiranya persempadanan semula dilaksanakan kerana kita mempunyai kemampuan dan pengalaman yang luas dalam pengurusanya,” ujarnya.

Menurutnya, beberapa siri mesyuarat mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pentabiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan DBKU, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah diadakan dengan yang terakhir pada Disember 2019.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha