ARTIKEL

Persidangan Asia untuk Haiwan Sarawak 11 hingga 14 Oktober ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan Asia untuk Haiwan Sarawak (AfA) 2023 edisi kedua yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Oktober depan akan meneroka peranan penting dalam mempromosikan kesejahteraan haiwan dan habitatnya.

Presiden Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) Datin Dona Drury Wee berkata, bertemakan “pendidikan dan penglibatan membawa perubahan”, AfA 2023 direka untuk menghimpunkan pakar, peguam bela dan pihak berkepentingan dalam bidang kebajikan haiwan dan pengurusan hidupan liar dari rantau Asia Pasifik.

“Persidangan ini bertujuan meneroka tiga aspek asas iaitu pendidikan, penglibatan dan melaksanakan perubahan positif, yang semuanya memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesejahteraan haiwan dan habitatnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disahkan akan melancarkan persidangan anjuran SSPCA itu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menerusi acara empat hari itu nanti, menjadi platform menarik untuk menyusun pelbagai inisiatif, kajian, kempen dan projek penyelidikan yang memberi kesan terhadap hubungan mendalam antara haiwan, pendidikan, penglibatan dan transformasi positif yang berlaku.

“Justeru, AfA 2023 menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan transformatif, berdasarkan kejayaan edisi sebelumnya,” ujarnya menambah, ia bagi memupuk perubahan positif jangka panjang dalam kebajikan haiwan melalui pertukaran idea dan penubuhan kerjasama yang berkekalan.

Sementara itu, Pengarah Place Borneo merangkap penganjur persidangan rasmi AfA 2023 Gracie Geikie memaklumkan pihaknya menampilkan 75 pakar ternama dari pelbagai negara seperti Jepun, China, Thailand, India, Vietnam, Eropah, Indonesia, Serbia, Finland, Kanada dan banyak lagi.

“Mereka akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman, menyampaikan pandangan yang menyumbang kepada kemajuan kebajikan haiwan dan pemuliharaan hidupan liar yang boleh disesuaikan dengan negara kita,” tambahnya.

AfA 2023 kini menawarkan kadar khas kerajaan yang ditetapkan pada RM855, iaitu diskaun 50 peratus dan diperluaskan kepada kakitangan kerajaan di Sarawak, Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, warganegara Malaysia, penduduk tetap dan pemastautin jangka panjang akan mendapat manfaat daripada yuran perwakilan diskaun sebanyak RM980.

Bagi pelajar yang belajar di Malaysia, yuran ditetapkan pada RM100, manakala pelajar antarabangsa akan menikmati kadar yang kompetitif sebanyak USD100.

Bagi penyokong kebajikan haiwan, penyelidik, pemuliharaan, penggubal dasar dan sesiapa sahaja yang meminati kesejahteraan haiwan, AfA 2023 mempersembahkan peluang unik bagi menimba pengetahuan, memupuk kerjasama dan memberi kesan perubahan positif dalam bidang tersebut.

Untuk rekod, AfA 2023 turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Business Events Sarawak (BESarawak).

Peserta yang berminat boleh melayari www.asiaforanimals.com/conference-2023 untuk maklumat lanjut.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah