ARTIKEL

Persidangan Rabies Borneo platform perkongsian ilmu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan Rabies di Borneo (RIB) 2023 yang bakal diadakan pada 31 Oktober hingga 1 November ini menawarkan 30 mata kredit Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) kepada golongan profesional yang menyertainya.

Selain turut menawarkan harga istimewa berharga RM100 kepada para pelajar.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datuk Dr. Adrian Susin Ambud berkata, persidangan pada tahun ini unik kerana membuka peluang kepada golongan profesional, pelajar dan komuniti untuk berkumpul bagi mengetahui strategi serta langkah kawalan terkini pencegahan rabies.

“Persidangan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan rabies, vaksinasi dan langkah-langkah kawalan, sambil menekankan kepentingan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa walaupun penyakit rabies adalah ancaman kesihatan serius di Sarawak, namun ia boleh dicegah 100 peratus dengan vaksinasi.

“Itulah sebabnya RIB 2023 penting, kerana kami mengumpulkan pakar dari seluruh dunia yang boleh berkongsi pengetahuan terkini dan amalan terbaik mereka dalam kawalan dan pencegahan rabies.

“Ia kemudian boleh digunakan oleh negara kita untuk membangunkan strategi baharu untuk menghapuskan penyakit maut ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, antara topik yang akan dibincangkan adalah Pengawasan berasaskan Komuniti dan Pengurusan Gigitan, Penyakit Rentas Sempadan: Kerjasama Antara Malaysia dan Indonesia.

“Topik Pasukan Penguatkuasaan Tali Pinggang Imun: Satu Kajian Kes Sarawak, Kepentingan Komunikasi dalam Kesedaran Rabies juga turut dibincangkan,” dedahnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RIB 2023 dan pendaftaran persidangan, boleh layari www.rabiesinborneo.com, hubungi 082-555189 atau e-mel rabiesinborneo@gmail.com.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha