ARTIKEL

Pertahankan keharmonian kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak pernah menindas mana-mana kaum di negeri ini, sebaliknya membantu mereka.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian berkata, setiap tahun Kerajaan Sarawak memberi peruntukan kepada pertubuhan daripada mana-mana kaum untuk menjalankan aktiviti.

“Kita memberi peruntukan kepada pertubuhan Cina, Melayu, Dayak dan semua kaum yang ada di negeri ini.
“Malah kita tidak pernah menyuruh mahkamah atau polis untuk menghalang mereka berhimpun atau sebagain-
ya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sempena Sambutan Krismas Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) 2019 di ibu
pejabat MBKS di sini, semalam yang turut dihadiri Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng.

Sehubungan itu, kata Kui Hian, ini telah mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Justeru, beliau berharapm setiap rakyat Sarawak terus mempertahankan keharmonian yang terjalin demi kesejahter
aan negeri.

Katanya, ia secara tidak langsung memacu Sarawak menuju ke arah negeri membangun menjelang tahun 2030.

“Saya berharap kita terus hidup aman damai dan bersama-sama membawa negeri ini mencapai wawasan pembangunan yang lebih sempurna,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan