ARTIKEL

Foto : FB Fadillah Yusof

Pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak antara dibentang dalam MTPMA63

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak adalah antara empat pembentangan yang disampaikan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang berlangsung di Sabah, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, selain itu ialah pelaporan status terkini kemajuan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perwakilan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Sarawak untuk melantik Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar bagi mengisi kekosongan dan
pemangkuan.

Seterusnya, obligasi kewangan persekutuan di bawah Senarai III, Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan duti setem dikenakan ke atas instrumen pemindahan, caj, menyewakan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah Dan Sarawak.

“Mesyuarat MTPMA63 amat penting bagi membolehkan kerajaan merencana tindakan susulan yang pragmatik berhubung status tuntutan di bawah MA63 yang masih belum selesai dilaksanakan.

“Atas komitmen itu juga, kita memutuskan untuk menambah baik struktur platform perundingan antara ketiga-tiga peringkat kerajaan dengan perkukuhkannya melalui pelantikan keahlian baharu dalam platform MTPMA63,” katanya menerusi satu kenyataan, sebentar tadi.

Mesyuarat (MTPMA63) yang kali pertama untuk tahun ini, dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Fadillah menambah perkara atau tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau dalam platform rundingan yang lain iaitu Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Katanya ia termasuk beberapa Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan di peringkat kementerian, agensi berkaitan bagi memastikan tuntutan yang masih belum selesai tersebut diambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Fadillah berkata sehingga kini, terdapat 11 tuntutan di bawah platform rundingan MA63 berjaya diselesaikan.

Katanya di bawah Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah melibatkan penyerahan kuasa kawal selia Gas Petroleum Cecair (LPG) kepada Kerajaan Sarawak.

Manakala, beliau berkata di bawah Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ialah penyerahan kuasa ke atas pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Sabah; pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; dan pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.

Fadillah berkata di bawah Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak sebagai Jabatan Teknik; penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas serta pindaan Akta LHDN 1995 [Akta 533] bagi melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Tetap LHDN.

Ia termasuk pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak; garis panduan khas penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud persekutuan di Sabah
dan Sarawak; penyerahan kuasa kawal elektrik dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah; dan cadangan pindaan Perkara 95B mengenai ubah suaian bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian perundangan, PP.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha