ARTIKEL

Pertandingan reka bentuk poster filem Sumpahan Jerunei asah bakat pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Produksi Sumpahan Jerunei mengadakan pertandingan reka bentuk poster bagi filem yang bakal ditayangkan pada bulan Julai tahun ini.

Pertandingan ini merupakan platform bagi pelajar menyertai dan menonjolkan kreativiti masing-masing untuk mereka bentuk poster, di samping memberi pendedahan pelajar melalui promosi di pasaran filem antarabangsa.

SUMPAHAN JERUNEI… poster bagi peraduan reka bentuk filem yang bakal ditayangkan pada bulan Julai tahun ini

Kepada individu yang berminat menyertai pertandingan reka bentuk poster filem Sumpahan Jerunei, digalakkan untuk mengikuti akaun Instagram @sumpahanjerunei agar tidak terlepas pengumuman penting.

Bagi peringkat awal pertandingan, semua penyertaan akan disiarkan di akaun Instagram tersebut untuk diadili menerusi beberapa peringkat.

Untuk pusingan pertama, peserta menyiarkan poster di akaun Instagram masing-masing dan mereka yang mendapat jumlah suka paling banyak sebelum 31 Mei akan disenarai pendek ke separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, semua penyertaan akan diadili oleh panel hakim dari universiti berlainan. Lima finalis akan dipilih pada peringkat ini oleh barisan hakim yang berpengelaman.

Pemenang tempat pertama bagi pertandingan tersebut bakal menerima hadiah berjumlah RM1,000 dan telefon pintar Realme 3 Pro, manakala saguhati berbentuk wang bagi pemenang tempat kedua hingga kedudukan kelima.

Sehubungan itu, penerbit filem Datuk Nancie Foo dan Datin Wendy Wong dari Produksi Seni 2020 Sdn Bhd telah melawat beberapa universiti dan sekolah seni kreatif bagi memberi taklimat kepada peserta yang bakal menyertai pertandingan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU