ARTIKEL

Pertanian alternatif untuk pencari kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PANDEMIK Covid-19 yang melanda seluruh dunia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup penduduk dunia.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjangkakan krisis Covid-19 akan meningkatkan kadar pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

Menurut ILO, daripada 3.3 billion tenaga kerja di peringkat global, empat daripada lima pekerja terjejas akibat penutupan premis sama ada separa atau sepenuhnya.

Selain mereka yang kehilangan kerjaya, graduan turut terkesan dengan peluang kerja yang bagaikan tidak kunjung tiba dek masalah yang melanda negara.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, akibat Covid-19.

Oleh sebab itu, mereka yang hilang pekerjaan serta graduan perlu bijak mencari mencari peluang lain dengan tidak mengharapkan pekerjaan makan gaji.

Pertanian dilihat antara platform terbaik yang mereka ada untuk kelangsungan kehidupan pada masa mencabar ini.

Jika dilihat, pelbagai teknologi terkini sudah mula diguna pakai dalam sistem pertanian hingga memudahkan serta meningkatkan hasil.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pelbagai program serta bantuan turut disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan golongan belia khususnya graduan menceburi bidang tersebut.

“Galakan kerajaan itu juga sebenarnya adalah sebahagian usaha bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan mahasiswa.

“Katanya, program melibatkan golongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahun itu bertujuan membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor agromakanan seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri makanan dan agropelancongan.

“Sehingga kini kementerian telah membantu seramai 6,057 peserta dengan nilai RM107.65 juta melalui kelulusan geran dan Pembiayaan Khas Agropreneur Muda sejak tahun 2016,” ujarnya.

Lagipun, kemajuan sektor pertanian dalam sesebuah negara penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara luar dalam menampung permintaan produk makanan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

Sebagai masyarakat yang berpendidikan, sektor pertanian penting bagi mewujudkan bekalan makanan negara.

Menurut laporan buletin suku tahunan (Suku Ketiga, 2019), Malaysia kekal sebagai pengimport makanan dengan sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah keseluruhan bekalan makanan iaitu 24 peratus diimport.

Ini menujukkan bahawa Malaysia masih lagi bergantung kepada bekalan makanan dari negara luar.

Jika berlaku bencana seperti pandemik Covid-19 ini dan rantaian import serta eksport terpaksa diputuskan, maka kita tidak mampu untuk membekalkan makanan kepada rakyat sendiri.

Namun sekiranya berjaya membentuk bekalan makanan atau sumber pertanian yang cukup untuk permintaan domestik, kita pasti akan dapat mengeluarkan hasil untuk pasaran antarabangsa.

Dengan meningkatkan sektor pertanian, maka negara dapat meningkatkan pendapatan eksport serta menyumbang kepada pendapatan negara.

Oleh itu, sektor pertanian perlu diperkasa dengan penglibatan lebih ramai golongan muda yang berpendidikan.

Masyarakat harus membuang stigma lama bahawa bertani hanya dilakukan oleh orang kampung dan tidak mampu untuk menjadi kerjaya yang stabil.

Yang kita perlukan hanyalah usaha gigih serta pelaksanaan yang betul.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha