ARTIKEL

Ahmad Maslan ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di Jalan Diplomatik di sini, hari ini | Foto: Mohd Alif Noni SITI NURAIN RATANI

Pertimbang Dasar Siap Projek Lebih Awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyeru setiap negeri termasuk Sarawak mempertimbangkan untuk menetapkan dasar pelaksanaan projek supaya sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal daripada jadual (Ahead of Time).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu penting bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek serta mengurangkan kelewatan dalam sektor pembinaan.

“Ya, setiap negeri perlu mempertimbangkan untuk menetapkan dasar pelaksanaan projek supaya sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal daripada jadual.

“Di Sarawak, tanggungjawab projek berada di bawah KKR, manakala di Semenanjung Malaysia di bawah Exco Kerja Raya.

“Setiap negeri ada peranan untuk memantau dan memastikan projek berjalan lancar, termasuk mempertimbang pendekatan seperti menetapkan sasaran siap lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di Jalan Diplomatik di sini, hari ini.

Ahmad berkata, daripada keseluruhan 855 projek dalam pelaksanaan ketika ini, kira-kira satu pertiga disiapkan lebih awal daripada jadual, satu pertiga mengikut jadual, manakala selebihnya mengalami kelewatan.

Ujarnya, sesuatu projek dikategorikan lewat sekiranya melebihi 31 hari atau lebih 10 peratus daripada jadual asal.

Dalam pada itu, beliau berkata kadar projek sakit ketika ini berada pada tahap rendah iaitu hanya 4.1 peratus atau 35 projek daripada keseluruhan projek dalam kementerian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke