ARTIKEL

Perubahan dasar Jepun cetus kebimbangan pasaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dasar normalisasi berterusan oleh Bank of Japan dijangka memberi kesan lebih besar kepada pasaran kewangan Asia berbanding pendirian kadar faedah tinggi oleh Bank Pusat Eropah.

Menurut Bernama, penganalisis ekonomi berpandangan perubahan dasar Jepun berpotensi mengubah aliran modal global selepas beberapa dekad negara itu mengekalkan kadar faedah ultra rendah.

Di Malaysia, kesan utama dijangka dirasai dalam pasaran ringgit dan bon kerajaan, manakala pasaran ekuiti dilihat kurang terjejas.

Peningkatan hasil domestik Jepun boleh mengurangkan permintaan terhadap bon asing dan meningkatkan turun naik ringgit, meskipun kedudukan luaran Malaysia masih kukuh.

Pada masa sama, ahli ekonomi berpendapat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat kekal menjadi pemacu utama hasil bon global dan sentimen pasaran kewangan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU