ARTIKEL

Pegawai Khas Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang, Baijuri Jauji, menyaksikan penyerahan projek siap di Kampung Selalang.

Peruntukan RM1.7 juta tingkat kemudahan awam di Selalang, Jerijeh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Peruntukan lebih RM1.7 juta disalurkan bagi melaksanakan beberapa projek pembangunan kemudahan awam di Kampung Selalang dan Kampung Jerijeh, sekali gus meningkatkan keselesaan serta kemudahan untuk kegunaan penduduk setempat.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata projek berkenaan membabitkan pembangunan kemudahan riadah, sukan dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, antara projek yang dilaksanakan ialah pembinaan baharu Dewan Masyarakat Kampung Jerijeh bernilai RM1.2 juta, yang dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 18 bulan.

“Dewan ini bakal dilengkapi kemudahan lebih moden dan selesa bagi menyokong pelbagai program kemasyarakatan, termasuk aktiviti sukan serta kegiatan penduduk,” katanya.

“Prasarana seperti ini penting bagi memastikan masyarakat mempunyai ruang yang sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti secara lebih teratur dan selesa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, kemudahan sukan di Kampung Selalang turut dipertingkatkan menerusi kerja penurapan kawasan parkir di pusat riadah dan sukan kampung berkenaan.

Kemudahan itu melengkapi kawasan berkenaan yang menyediakan ruang untuk aktiviti sepak bola, futsal dan bola tampar, selain terletak berhampiran kawasan danau.

Turut diberi perhatian ialah penyediaan astaka di padang bola bagi meningkatkan kemudahan kepada pemain, pegawai dan penduduk yang hadir menyaksikan aktiviti sukan.

Selain itu, sebanyak RM500,000 diperuntukkan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menyediakan tapak yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti ekonomi penduduk Kampung Selalang.

“Usaha ini sudah pastinya mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak memperkukuh kemudahan asas di kawasan luar bandar, di samping menyediakan ruang yang mampu merancakkan aktiviti sosial, sukan dan ekonomi masyarakat, khususnya di kawasan DUN Kuala Rajang,” katanya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah