ARTIKEL

Peruntukan RM80 juta Baitulmal Sarawak bantu asnaf, fakir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) akan mengagihkan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi membantu golongan asnaf atau fakir di negeri ini sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata peruntukan terbabit meningkat sebanyak RM5 juta tahun ini berbanding tahun lepas.

“Peruntukan RM80 juta bagi membantu golongan asnaf (di Sarawak) tahun ini dalam tiga program utama kami iaitu bantuan pendidikan, bantuan kebajikan dan bantuan institusi Islam,” katanya selepas menyampaikan bantuan beg dan pakaian sekolah dalam Program Baitulmal Bersama Asnaf-Back To School di sini.

Katanya dianggarkan lebih 3,000 golongan asnaf yang akan menerima bantuan terbabit tahun ini.

Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie

“Kita hanya mahu membantu orang yang benar-benar berhak mendapat bantuan ini atau mereka yang dalam kategori fakir dan lebih memerlukan bantuan dari kategori miskin,” katanya.

Abang Mohd Shibli menjelaskan peruntukan RM80 juta itu diperoleh melalui kutipan zakat dari umat Islam seluruh Sarawak yang disasarkan akan mencecah RM100 juta tahun ini yang mana kutipan itu mencecah RM90 juta tahun lepas.

Katanya dalam tempoh lima tahun lepas, jumlah kutipan zakat oleh TBS meningkat sebanyak lima sehingga 10 peratus setiap tahun.

Menurutnya, bagi meningkatkan lagi kutipan dan memudahkan umat Islam di negeri ini membayar zakat kepada TBS, pihaknya memulakan kaedah pembayaran secara atas talian hari ini dan melalui pemotongan gaji. – Bernama

BERITA LAIN

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.

BERITA TERBARU

KMKK meseti pintar ngemansang Spaoh

SPAOH: Bala Tuai Komuniti enggau Tuai Raban Bansa (KMKK) dipinta ngena pemintar runding enggau berani nyerungkai peluang baru ngadu pemansang Spaoh nipak ubah dunya. Sapit

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul