ARTIKEL

CEMERLANG....Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah, belakang) bersama-sama para usahawan Sarawak

Perusahaan kecil dan sederhana tulang belakang ekonomi negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 80 orang usahawan Sarawak berjaya menamatkan Program Bimbingan Keuntungan Kejurulatihan Perniagaan Bumiputera Institut Keusahawanan Negara
(IBBC) 2023.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kejayaan terbabit berjaya membuktikan perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini mampu dikembangkan lagi kerana ia antara tulang belakang ekonomi negara.

“Walaupun kita menjaja di tepi jalan, menjual ikan di jambatan, berniaga di kawasan lorong atau jeti, jangan fikir kita tidak menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Graduasi Program terbabit yang diadakan di Hotel Margherita, malam tadi.

Menurutnya, kejayaan peserta kali ini telah merekodkan lebih RM500,000 hasil jualan, 16 peluang pekerjaan baharu serta sebanyak 21 penambahan medium penghantaran
makanan baru.

Selain itu, tiga usahawan Sarawak iaitu M.D Awet Enterprise, Stall
Iedah Kolok dan Inspire Miracle Training Centre &
Consultancy berjaya meningkatkan hasil jualan
sehingga bertukar status perniagaan daripada kategori mikro kepada kecil, dengan nilai purata jualan selepas program sebanyak RM403,000.

Justeru, beliau menyeru agar usahawan di negeri ini untuk terus menyertai program bimbingan usahawan anjuran INSKEN.

“Program ini bukan sahaja dilengkapi dengan modul komprehensif malah meningkatkan rangkaian perniagaan dengan usahawan-usahawan dalam industri yang sama,” katanya.

Tahun lalu, perusahaan mikro, kecil dan sederhana di Malaysia mewakili 97.4 peratus daripada keseluruhan pertubuhan perniagaan.

Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan bahawa golongan PMKS telah menyumbang 38.4 peratus kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK), 10.5 peratus kepada eksport dan 48.2 peratus kepada guna tenaga negara.

Golongan ini terbukti memainkan peranan
penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan, menambah pendapatan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuklah di Sarawak.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah