ARTIKEL

PERWARIS perkukuh jaringan warga Saribas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM usaha memperkukuh suara masyarakat Saribas di peringkat negeri, Persatuan Warga Islam Saribas (PERWARIS) melakar satu lagi langkah signifi kan apabila barisan kepimpinannya dibawa masuk ke pusat pentadbiran legislatif Sarawak.

Lawatan rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukan sekadar kunjungan hormat, tetapi menjadi pentas dialog berfokus yang membuka ruang kerjasama lebih luas antara masyarakat akar umbi Saribas dengan kepimpinan negeri.

Selain itu, PERWARIS turut mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Saribas (ADUN), Datuk Mohammad Razi Sitam.  

Program itu disertai seramai 13 ahli jawatankuasa PERWARIS diketuai pengerusinya, Profesor Madya Dr. Bolhan Budeng.

Menurut Dr. Bolhan, lawatan ke DUN Sarawak merupakan satu pengalaman baharu bagi anggota PERWARIS yang berpeluang memahami dengan lebih dekat fungsi serta peranan institusi legislatif negeri.

“Rombongan diberi penerangan mengenai prosedur perundangan serta proses yang berlaku semasa persidangan DUN berlangsung. 

“Kami turut berpeluang melihat sendiri suasana perbahasan, kaedah penyampaian maklumat serta proses pembuatan keputusan oleh wakil rakyat,” ujarnya.  

Pengalaman tersebut katanya, memberi perspektif lebih jelas kepada PERWARIS tentang perjalanan pentadbiran negeri dan mekanisme yang digunakan dalam merangka dasar serta meluluskan sesuatu rang undang-undang.

Dalam sesi kunjungan hormat kepada Razi, PERWARIS memperkenalkan barisan kepimpinannya serta memaklumkan program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun, di samping merangka program baharu untuk manfaat masyarakat Saribas dan komuniti Islam di rantau tersebut. 

Di samping itu katanya PERWARIS turut memohon sokongan dan kerjasama daripada Razi untuk memperkukuh hubungan jaringan antara PERWARIS dengan pihak kementerian serta NGO lain, sama ada yang beroperasi di Kuching ataupun di kawasan Saribas. 

Selain itu, PERWARIS memohon pertimbangan penggunaan ruang pejabat Razi di Daerah Kecil Debak sebagai lokasi pengimarahan aktiviti persatuan, termasuk cadangan penubuhan Galeri Sejarah dan Budaya Saribas.

“Antara program yang dirancang PERWARIS adalah bengkel sulaman keringkam sebagai usaha melestarikan warisan budaya Saribas, Majlis Makan Malam Amal serta program Jarah Rayo yang dicadangkan pada Mac 2026, Tahlil Perdana di Masjid Baru Debak yang merupakan cadangan Razi sendiri dan Seminar Sejarah serta Budaya Melayu Saribas yang dijangka diadakan pada Jun 2026. 

“Kesemua program tersebut digubal bagi memupuk perpaduan komuniti, mengangkat seni budaya setempat dan mengembangkan pengetahuan sejarah dalam kalangan generasi baharu,” jelasnya. 

Kesan daripada kunjungan tersebut ternyata positif apabila PERWARIS menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Razi, khususnya dalam membawa pembangunan yang komprehensif di kawasan Dewan Undangan Negeri Saribas. 

Ahli jawatankuasa yang hadir turut menzahirkan rasa bangga dan menghargai usaha berterusan Razi meningkatkan pembangunan fi zikal, insan dan sosioekonomi menerusi kapasiti beliau sebagai timbalan menteri dan ADUN. Mereka menyifatkan pembangunan yang dijalankan di Saribas jelas memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Dalam pertemuan tersebut, Razi turut memberi penjelasan mendalam berhubung isu kemiskinan tegar yang sebelum ini disalah tafsir oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan kenyataan tidak berasas. 

Beliau menekankan bahawa penjelasan semasa sidang DUN perlu difahami dalam konteks sebenar dan bukan berdasarkan petikan akhbar secara terpisah. 

Jelas beliau, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa komited melaksanakan pelbagai program kebajikan termasuk tunai bantuan keperluan asas Sarawak, bantuan ibu bersalin, bantuan warga emas serta sokongan kepada ketua isi rumah wanita.

Bukan itu sahaja, Razi turut menerangkan mengenai sistem eKasih, iaitu Pangkalan Data Kemiskinan Kebangsaan yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. 

Sistem tersebut jelasnya, menghimpunkan maklumat komprehensif mengenai profi l individu dan keluarga yang memerlukan bantuan termasuk pendapatan, tahap pendidikan, kemahiran, status kesihatan, pemilikan aset serta jenis bantuan yang diterima bagi memudahkan perancangan dan pemantauan program pembasmian kemiskinan.

Sebelum bersurai, rombongan PERWARIS merakam gambar kenangan bersama-sama Razi.

Pertemuan tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara PERWARIS dan pemimpin setempat, tetapi turut membuka ruang kerjasama lebih luas dalam usaha memajukan masyarakat Saribas secara menyeluruh.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU