ARTIKEL

Pesaka sasar dua emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) meletakkan sasaran dua emas kepada pesilat negara yang akan bersaing dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja bulan depan.

Presiden Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya meletakkan sasaran rendah pada temasya sukan dwitahunan itu memandangkan 75 peratus daripada keseluruhan 22 pesilat negara yang dipertaruh kali ini adalah muka baharu.

Beliau berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik berhubung acara yang mempunyai peluang cerah untuk menjelmakan pingat emas buat negara di Kemboja memandangkan kesemua pesilat tidak kira yang lama mahupun baharu berpotensi melakar pencapaian membanggakan buat Malaysia.

“Saya lebih bersikap terbuka semua atlet ada peluang untuk menyumbang kerana tak mahu atlet muda ini terbeban, kalau dulu ada Mohd Al-Jufferi Jamari mesti dia sumbang emas.

“Bagaimanapun, saya tak mahu beri tekanan kepada atlet muda kerana mereka belum biasa tapi saya percaya mereka mampu apatah lagi pasukan kita sekarang ini dikendalikan bekas pesilat negara seperti Mohd Fauzi Khalid dan Siti Rahmah Mohamed Nasir,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri Pesaka.

Megat Zulkarnain juga berkata Pesaka mengambil langkah berhati-hati dalam menetapkan sasaran pingat selepas mengambil iktibar daripada pengalaman pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam yang menyaksikan mereka hanya membawa pulang dua emas berbanding tiga disasarkan.

“Di Vietnam, ada beberapa insiden tidak dijangka seperti Mohd Al-Jufferi kalah di peringkat separuh akhir kerana kecederaan dan kita hilang satu emas, jadi kita ambil kira pengalaman dan berhati-hati dalam umumkan sasaran,” katanya.

Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Sukan SEA kali ini.

Sukan SEA 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei ini dan berakhir pada 17 Mei. – Bernama

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat