ARTIKEL

Pesakit SARI perlu dirawat sebagai pesakit COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Semua pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) perlu dirawat sebagai pesakit positif COVID-19 sehinggalah penyakit itu dibuktikan sebaliknya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata 12 petugas kesihatan disyaki telah dijangkiti COVID-19 selepas mereka terlibat dalam merawat pesakit pneumonia atau SARI.

“Jadi pelindungan amat penting bagi kita, petugas kesihatan kita harus mengambil segala langkah berwaspada yang perlu, dan mengelak daripada dijangkiti (COVID-19),” katanya dalam persidangan media harian berhubung COVID-19 di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Noor Hisham berkata sikap pesakit yang tidak memberikan maklumat penuh semasa ditanya oleh petugas kesihatan, boleh membahayakan petugas kesihatan.

“Jika pesakit datang ke hospital dan lindungi maklumat.., ia bermakna mereka tidak bercakap benar, dan tindakan ini meletakkan para petugas kesihatan kita dalam keadaan berbahaya (dijangkiti COVID-19),” katanya.

Beliau berkata petugas kesihatan diberitahu supaya menganggap pesakit yang tampil dengan penyakit selesema serta batuk yang menunjukkan gejala pneumonia, sebagai ke-kes COVID-19, sehingga siasatan mnunjukkan sebaliknya.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha