ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar oleh anggota penjara dari bilik Mahkamah Sesyen 2.

Pesalah muda dipenjara lima tahun rogol remaja perempuan bawah umur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pesalah muda lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana merogol seorang remaja perempuan selepas dia memviralkan video lucah mereka dalam kumpulan sembang media sosial sekolah, tiga tahun lalu.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman demikian selepas pendengaran laporan sosial tertuduh berusia 20 tahun oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika disabit bersalah.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun sebanyak dua kali dalam semak samun dan sekali dalam sebuah pondok.

Dia melakukan perbuatan itu di dua buah kampung berasingan di Serian pada bulan Jun, Julai dan Oktober 2023.

Noorhisham memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak daripada hukuman yang dikenakan pada 18 Mei lepas.

Menurut fakta kes, pada 23 Ogos 2024, semasa pengadu (bapa mangsa) berada di rumah, telah diberitahu oleh adik lelakinya mengenai video lucah anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun bersama-sama bekas teman lelakinya (tertuduh) berusia 18 tahun.

Video terbabit telah diviralkan oleh tertuduh di aplikasi Telegram dan WhatApps sekolah dan rakan-rakannya hingga menyebabkan mangsa enggan turun ke sekolah.

Selain itu, tertuduh juga sering menganggu mangsa ke rumah ketika pengadu turun bekerja.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut kerana memalukan pengadu sekeluarga dan mengacau mangsa.

Tangkapan terhadap tertuduh dilakukan pada 24 Ogos 2024 dalam kawasan kebun buah di sebuah kampung di Serian.

Rampasan sebuah telefon pintar yang mengandungi video tersebut turut dilakukan.

Hasil siasatan mendapati dalam kejadian berasingan, tertuduh melakukan hubungan seks tanpa menggunakan alat pencegahan kehamilan dengan mangsa atas kerelaan mangsa sendiri di tiga tempat berasingan pada hari dan bulan berlainan.

Semasa melakukan hubungan seks, tertuduh telah merakam aksi tidak senonoh mereka menggunakan sebuah telefon pintar.

Mereka menjalinkan hubungan percintaan sejak April 2023 ketika menuntut di sekolah yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Adriana Maisarah Mohd Farid, manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Moh Ung Kieng.

Terdahulu, pada 18 Mei lalu, di Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas tertuduh atas dua pertuduhan yang sama di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang sama di ruang tamu rumah dan bilik tidur di sebuah kampung di Serian dalam dua kejadian berasingan pada Oktober dan Disember 2023.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU