ARTIKEL

Pesan buat mahasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKU Memerde(he)kakan Mahasiswa mendedahkan istilah “meherdeka” — daripada bahasa Sanskrit “maharddhika” yang membawa makna kekayaan, keagungan dan kekuasaan.

Menjadi bualan juga sebelum ini di Filipina apabila Presiden Duerte mahu menghidupkan kembali nama “Maharlika” yang juga varian daripada istilah akar tersebut.

Istilah merdeka lama digunakan dalam negara kita, tetapi rata-rata hanya menemuinya setahun sekali dan ia hanya diukur dengan angka dan benda, tetapi tidak dengan jiwa.

Sehubungan itu, mahasiswa juga patut mendefi nisi semula faham pembangunan, kemajuan dan perubahan yang selama ini sering diberikan secara formal. 

Mahasiswa perlu melihat semula contoh kemerdekaan mahasiswa seperti menentang segala sifat minda yang hanya menyerahkan nasib kepada yang berkuasa tanpa memikul upaya dan berusaha.

Selain itu, membebaskan diri daripada minda tertawan — menganggap kebudayaan, jati diri, sistem nilai sendiri lebih rendah daripada nilai bangsa dunia seperti barat. 

Pada masa yang sama, perlu membebaskan diri daripada hidup berpangku lengan, bermalas-malasan dan menyerahkan nasib kepada untung.

Buku ini juga mempunyai bahagian nota penulis yang membincangkan pesanan buat mahasiswa, memerdekakan mahasiswa dan mengapa mahasiswa memilih untuk menggugat. 

BELAJAR

Penulis menceritakan bagaimana mahasiswa baharu perlu menyesuaikan diri dengan keadaan di kampus.

Mahasiswa perlu ingat bahawa jurusan dan pengajian ialah impian yang perlu diberi perhatian kerana keadaan dunia berubah. 

Penulis juga mengambil contoh pandemik yang membataskan pembelajaran secara bersemuka dan hanya bergantung dengan alam maya.

Pandemik itu nyata merubah kehidupan kita menjadi norma baharu. 

Namun, tidak mengapa sekiranya membuat kesilapan kerana namanya sahaja mahasiswa, kerja asas ialah belajar dan kesilapan juga sebahagian daripadanya. 

Melangkah masuk ke universiti, gelaran mahasiswa sudah pasti dimiliki.

Ia satu gelaran yang sungguh mulia pada jalur sejarah dan budaya. 

Dunia turut menyaksikan golongan ini memberi kesan yang besar kepada masyarakat dunia dari segi kemajuan ilmu pengetahuan, perlawanan melawan kezaliman serta membangun masyarakat di sekitar universiti mereka.

Mungkin ketika pengajian, kesilapan menjadi perkara biasa seperti tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan.

Tetapi, tidak perlu khuatir kerana ia adalah perkara biasa. 

Mahasiswa golongan yang masih muda dan masih banyak waktu untuk belajar perkara baharu.

Namun, dengan syarat mahasiswa itu sendiri yang mahu belajar daripada kesilapan. 

Menjelang 20 atau 30 tahun hadapan, mahasiswa akan menduduki kedudukan penting kepada kemajuan dan pembangunan negara ini. 

Setiap generasi yang memasuki universiti sentiasa menjadi pelapis pemimpin baharu dalam pelbagai ruang pembangunan negara. 

Penulis berharap agar mahasiswa akan menjadi pemimpin masyarakat dan negara kerana mampu membawa semua sudut yang selari dengan nilai diperoleh sewaktu di universiti. 

Selamat menjalani kedewasaan alam universiti! Perkataan “merhedeka” sebenarnya sama sahaja dengan makna merdeka.

Tanpa merujuk kamus, kita mampu gambarkan merdeka sebagai keadaan yang bebas dalam semua bentuk dan keadaan. 

Ia suatu keadaan yang tidak dijajah oleh mana-mana perkara dan kita berdiri dengan kaki sendiri. 

Maka, mudah untuk kita katakan bahawa negara kita tidak merdeka selama lebih separuh abad sejak pelanggaran pertama Portugis ke atas Kesultanan Melayu Melaka kerana terdapat kuasa besar dari tempat asing yang mentadbir dan mengaut hasil negara untuk kepentingan penjajahan mereka. 

Memetik kata Hamka; ‘kemerdekaan adalah yang dirasai dengan perasaan jernih, hak yang perlu diketahui dan waktu itu dirasai kewajipan sebagai asas takrifan’. 

Hamka membawa maksud merdeka yang dekat dengan diri seorang manusia dengan meletakkan terma hak dan datang sebagai asas takrifan. 

Mengambil konteks mahasiswa, adalah menjadi hak kita untuk belajar ilmu apa-apa yang kita mahu, bebas menganjurkan apaapa program dan terbuka untuk terlibat dalam pelbagai kegiatan.

Sehubungan itu, cabaran terbesar bagi mahasiswa ialah perangkap dunia sangkaan dan jangkaan daripada masyarakat.

MENGGUGAT

Menggugat bermaksud satu perbuatan yang mengubah atau merubah atau menggoncang sesuatu.

Ketika kita sebut mahasiswa menggugat, ia bermakna tindakan mahasiswa berjaya menghala atau menggoyahkan beberapa keputusan atau tindakan yang dibuat oleh pihak pentadbiran kampus atau kerajaan.

Terdapat faktor yang mendorong mahasiswa untuk menggugat — ia berdasarkan sistem dan suasana.

Dua perkara ini akan mempengaruhi tindakan atau pendirian sesuatu masyarakat. 

Dari segi sistem, tiada undang-undang yang menyekat mahasiswa secara langsung untuk mereka bersuara menyatakan tujuan dan kepercayaan mereka. 

Dari segi suasana pula, ia adalah disebabkan kewujudan sudut pidato, kewujudan tokoh atau fi gura yang lantang dan berpengaruh serta kefahaman mahasiswa ke atas makna sebagai mahasiswa. 

Kesimpulannya, buku ini membantu mahasiswa atau orang luar untuk memahami erti kemerdekaan bagi golongan tersebut.

Ia juga membuatkan kita berfi kir, bagaimana sebuah kemerdekaan yang perlu dicapai oleh mahasiswa.

Buku ini juga sesuai untuk setiap peringkat umur untuk menambah pengetahuan tentang mahasiswa merdeka.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha