ARTIKEL

RASMI… Abdillah (kanan) menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Sambutan Hari Guru PESAGU Mukah, hari ini.

Pesara guru perlu berhati-hati membuat hantaran di media sosial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pesara guru perlu sentiasa berhati-hati ketika membuat hantaran di media sosial, terutamanya berkaitan sensitiviti agama, tegas Pengerusi Persatuan Pesara Guru (PESAGU) Sarawak, Datuk Abdillah Adam.

Menurutnya, pesara guru perlu mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti agama serta mencetuskan perpecahan.

“Bagi mengelakkan terlibat dalam isu tersebut, kita perlu memilih aktiviti yang memberi manfaat seperti dalam bidang pertanian.

“Ini kerana melalui bidang tersebut, kita mampu menjana pendapatan serta terus menyumbangkan pengalaman dan kepakaran kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru PESAGU Mukah 2026 di Hotel Kingwood, di sini, hari ini.

Abdillah bersama yang lain memotong kek sempena majlis tersebut.

Sehubungan itu, Abdillah turut menegaskan bahawa jasa seorang guru tidak pernah terhenti walaupun selepas bersara.

Jelasnya, hasil didikan guru dapat dilihat menerusi kejayaan bekas pelajar yang kini berkhidmat sebagai jurutera, doktor, penjawat awam, usahawan dan pelbagai profesion lain yang menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

“Guru mungkin bersara daripada perkhidmatan, tetapi sumbangan akan terus hidup melalui anak-anak didik yang berjaya dan berbakti kepada masyarakat serta negeri,” katanya lagi.

TERIMA KASIH… Abdillah menerima cenderamata daripada Jawatankuasa Pengelola Sambutan Hari Guru PESAGU dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh PESAGU Mukah didokumentasikan serta dibukukan.

Tambahnya, langkah itu penting sebagai rekod dan bukti pencapaian persatuan untuk rujukan generasi akan datang.


Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa (JK) Pengelola Sambutan Hari Guru PESAGU Mukah 2026, Mastura Mohamad; Penasihat 1 JK Pengelola Sambutan Hari Guru PESAGU Mukah 2026, Ali Suhaili; dan Penasihat 2 JK Pengelola Sambutan Hari Guru PESAGU, Rambli Zainuddin.

RAKAM KENANGAN… Abdillah merakam kenangan bersama yang lain selepas majlis tersebut.
RAKAM KENANGAN… Abdillah merakam kenangan bersama yang lain selepas majlis tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU