ARTIKEL

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob

Pesara guru rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan saham palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Seorang pesara guru berusia 65 tahun kerugian lebih RM1.1 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan saham yang tidak wujud menerusi aplikasi TikTok.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, menyatakan mangsa terlihat iklan di media sosial itu lalu berhubung melalui WhatsApp dengan individu yang mendakwa dirinya ejen syarikat terbabit.

Selepas mendengar penerangan mengenai pelaburan saham dan analisis pasaran kewangan, lelaki itu bersetuju menyertai skim yang ditawarkan.

Beliau kemudian membuat 22 transaksi ke enam akaun bank berbeza, secara dalam talian dan di kaunter institusi kewangan, dari 21 Ogos hingga 7 Oktober lalu, menurut kenyataan polis hari ini.

Mangsa masih diminta menjelaskan bayaran tambahan dengan alasan tidak munasabah, lalu menyedari dirinya ditipu kerana tiada keuntungan diterima dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan menurut Bernama.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU