ARTIKEL

Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan semak oleh pasukan SAR untuk diserahkan kepada pihak polis.

Pesara tentera hilang mencari rebung di Taman Budaya, ditemui meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat pesara tentera yang dilaporkan hilang ketika mencari rebung di Taman Perpaduan, Jalan Reservoir, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Kamarau Adong, 50, ditemui pada jam 10.30 pagi.

Pasukan SAR melakukan pencarian di sektor ketiga bagi mencari mangsa yang dilaporkan hilang.

Katanya, mangsa dijumpai oleh pasukan unit dron Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua meter dari sisi jalan di dalam semak.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PGO Bomba Sarawak berkata, operasi mencari mangsa pada hari kedua hari ini disambung pada jam 7.14 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dan dibantu unit K9 bomba digerakkan ke lokasi untuk mencari mangsa.

Tambahnya, pencarian turut membabitkan PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Terdahulu, PGO Bomba Sarawak menerima laporan kehilangan mangsa dimaklumkan oleh Balai Polis Sentral, kira-kira jam 8.20 malam tadi.

“Menurut laporan isteri mangsa, dia bersama-sama mangsa telah masuk ke kawasan taman tersebut seawal jam 7 pagi untuk mencari rebung.

“Mangsa dikatakan tidak keluar dari lokasi dan laporan polis dibuat oleh isteri mangsa pada petang, hari yang sama,” katanya. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan