ARTIKEL

GAMBAR HIASAN

Pesawat Perang Dunia Kedua kembali terbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Sebuah pesawat pejuang Focke-Wulf 190 era Perang Dunia Kedua milik Jerman yang jarang ditemui telah dibaik pulih dan kembali terbang buat kali pertama selepas lebih 80 tahun, dengan warga Jerman Klaus Plasa mengendalikan penerbangan sulung pesawat itu di Turkiye, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pesawat itu terhempas di Perancis pada 1944 semasa Perang Dunia Kedua.

Bangkai pesawat berkenaan dibawa ke Amerika Syarikat pada 2000 untuk menjalani kerjakerja baik pulih. Namun, pesawat itu kekal tidak dapat diterbangkan.

Pesawat berkenaan dibawa ke Turkiye pada 2023 menerusi usaha Persatuan Kelab Penerbangan Sivrihisar di wilayah Eskişehir di bahagian barat negara itu, menurut agensi berita Anadolu pada hujung minggu lalu.

Pasukan yang dianggotai 11 orang dan diketuai juruterbang aerobatik Turkiye, Ali Ismet Ozturk, membongkar dan memasang semula pesawat itu dalam tempoh 14 bulan.

Hanya lapan pesawat Focke-Wulf 190 masih wujud di seluruh dunia dan kira-kira separuh daripadanya masih boleh diterbangkan, kata Ozturk seperti dipetik Anadolu.

Kelab Penerbangan Sivrihisar merancang untuk mempamerkan pesawat itu pada pertunjukan udara di Eskisehir pada September.

Menurut Anadolu, projek itu bertujuan memelihara warisan penerbangan yang dikongsi oleh Turkiye dan Jerman. – Bernama-dpa

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU