ARTIKEL

Pesona Kazakhstan menanti pengembara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAZAKHSTAN kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengembara antarabangsa sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan seni bina moden.

Dengan kepelbagaian lokasi yang menampilkan unsur alam semula jadi dan pemodenan, negara di rantau Asia Tengah ini menawarkan pelbagai destinasi menarik yang memukau pandangan, daripada seni bina moden hingga kawasan tasik dan pergunungan yang indah.

Berikut merupakan lima destinasi yang wajib dimasukkan ke dalam senarai sekiranya anda ingin berkunjung ke Kazakhstan.

CHARYN CANYON

Charyn Canyon sering digelar sebagai “Grand Canyon Asia Tengah” kerana formasi batuan purbanya yang berwarna kemerah-merahan dan kelihatan dramatik.

Kawasan ini juga merupakan antara lokasi terkenal untuk aktiviti seperti fotografi.

Bahagian yang sering menjadi tumpuan ialah Valley of Castles, yang mempamerkan formasi batuan menyerupai istana purba.

Keunikan ini sekali gus menjadikannya antara laluan kembara berjalan kaki yang terkenal dalam kalangan pengembara.

LAKE KAINDY

Tasik ini merupakan tasik unik yang terbentuk pada 1911 selepas kejadian gempa bumi mencetuskan tanah runtuh besar sehingga menenggelamkan hutan pokok spruce.

Tasik ini terletak di kawasan Pergunungan Tian Shan, berhampiran dengan bandar Almaty.

Ciri paling unik tasik ini ialah batang-batang pokok mati yang terpacak seperti tiang di permukaan air.

Selain itu, kejernihan air tasik yang berwarna biru kehijauan menambahkan suasana mistik yang memukau pandangan.

Tasik ini turut menjadi antara lokasi terkenal dalam kalangan pengembara untuk aktiviti fotografi kerana menawarkan pemandangan hutan tenggelam yang jarang ditemukan.

MENARA BAITEREK

Menara Baiterek tersergam indah di pusat ibu negara Kazakhstan, Astana, sebagai salah satu simbol pemodenan dan kemajuan negara itu.

Bahagian atas menara yang berbentuk bola emas berkilauan menawarkan pemandangan unik bandar Astana.

Pelancong juga boleh menaiki lif ke tingkat atas untuk menikmati panorama indah seluruh bandar.

Menara ini bukan sekadar tarikan pelancongan, malah menjadi salah satu identiti nasional Kazakhstan.

Menara Baiterek juga menjadi lokasi bagi pelbagai festival, sambutan kebudayaan dan acara antarabangsa yang menyerlahkan kemajuan Kazakhstan.

TASIK KOLSAY

Tasik Kolsay merupakan salah satu destinasi alam semula jadi yang menakjubkan di Kazakhstan.

Tasik ini terletak di Pergunungan Tian Shan berhampiran dengan sempadan Kyrgyzstan dan sering digelar sebagai “Mutiara Pergunungan Tian Shan”.

Kawasan ini terdiri daripada tiga tasik yang dikenali sebagai Tasik Bawah, Tasik Tengah dan Tasik Atas.

Ketiga-tiga tasik tersebut membentuk rangkaian Tasik Kolsay yang menyerlahkan keindahan alam semula jadi kawasan berkenaan.

Keindahan tasik ini turut terserlah menerusi permukaan airnya yang berwarna biru kehijauan serta dikelilingi hutan dan puncak gunung.

Kawasan ini sesuai untuk pelbagai aktiviti rekreasi.

ALMATY

Bandar raya terbesar di Kazakhstan ini terus kekal sebagai salah satu pusat kewangan, kebudayaan dan pelancongan utama di negara tersebut.

Bandar ini menawarkan gabungan suasana kosmopolitan dengan keindahan alam semula jadi.

Antara tarikan yang terkenal termasuk Medeu Ice Rink serta kawasan tasik dan pergunungan yang menawarkan pemandangan memukau kepada pelancong.

Selain itu, Almaty juga terkenal dengan kehidupan malam, restoran moden dan pasar tradisional seperti Green Bazaar.

Tarikan ini membolehkan pelancong merasai gabungan budaya tradisional dengan gaya hidup moden masyarakat Kazakhstan.

BERITA LAIN

FIA puas hati persiapan Sepang

PERSIAPAN menghadapi Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini mendapat penilaian positif daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa

Lewis Hamilton miliki Ferrari F40 idaman

Dunia Automotif LEWIS HAMILTON akhirnya merealisasikan impian yang dipendam sejak zaman kanak-kanak apabila berjaya memiliki sebuah Ferrari F40, kereta ikonik yang disifatkannya sebagai kenderaan idaman

BERITA TERBARU