ARTIKEL

SANG RATU… Ninie Navila.

Pesona Ninie Navila tarik perhatian juri ratu etnik di Saratok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Si cantik manis, Ninie Navila Antai, dinobatkan sebagai Ratu Etnik Tradisional Pesta Saratok 2025.

Bukan sahaja tampil anggun, bergelar guru, beliau dilihat petah berbicara menjawab setiap soalan yang diajukan semasa Pertandingan Ratu Etnik Pesta Saratok yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, malam semalam.

Kemenangan tersebut melayakkan Ninie pulang dengan wang tunai RM2,000 beserta mahkota, trofi, selempang dan jambangan bunga.

Naib johan menjadi milik Amelia Michelle Buran yang menerima RM1,500 beserta trofi, selempang dan jambangan bunga.
Manakala Florita Sheena berada di tempat ketiga dan menerima RM1,000 beserta trofi, selempang dan jambangan bunga.

Peserta lain yang kurang bernasib baik turut menerima hadiah sagu hati.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Secara keseluruhan, malam final tersebut menyaksikan penyertaan sembilan jelitawan dari sekitar Saratok serta Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

MOHAMAD Duri bergambar kenangan bersama pemenang Pertandingan Ratu Etnik Pesta Saratok Edisi 2025 yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, malam semalam.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU