ARTIKEL

ASAJAYA BERSELAWAT... Pelajar tahfiz mengalunkan selawat sempena Pesta Asajaya 2026. | Foto FB Rubiah Wang

Pesta Asajaya 2026 platform rancakkan ekonomi tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Pesta Asajaya 2026 menjadi platform penting dalam merancakkan ekonomi tempatan menerusi penyertaan lebih 70 usahawan yang menawarkan pelbagai produk dan jualan kepada masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, penganjuran pesta berkenaan turut memberi peluang kepada pengunjung, khususnya masyarakat Asajaya, untuk melihat perkembangan pembangunan yang dikecapi daerah berkenaan.

Katanya, pelibatan pelbagai agensi dalam pameran sepanjang pesta itu membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat pelbagai inisiatif serta pembangunan yang dilaksanakan untuk manfaat penduduk setempat.

ERATKAN HUBUNGAN… Rubiah beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada acara Asajaya Berselawat sempena Pesta Asajaya 2026. | Foto FB Rubiah Wang

“Saya amat berbesar hati dapat menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Asajaya 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Asajaya.

“Secara keseluruhannya, pesta ini ialah platform untuk lebih daripada 70 usahawan aneka produk dan jualan bagi merancakkan ekonomi tempatan, membuka ruang kepada para pengunjung menyaksikan perjalanan pembangunan yang dikecapi di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Asajaya 2026 di Kompleks Sukan Asajaya, di sini, malam tadi.

TINGKATKAN KEMUDAHAN… Rubiah mengadakan lawatan ke tapak Projek Bina Baharu Pasar Tamu Asajaya. | Foto FB Rubiah Wang

Pada sama yang sama Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan memberitahu, majlis berkenaan turut diserikan dengan alunan selawat serta ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Justeru, beliau berharap Pesta Asajaya 2026 dapat berlangsung dengan lancar serta mencapai matlamat penganjurannya dan memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitan, Rubiah turut mengadakan lawatan ke tapak Projek Bina Baharu Pasar Tamu Asajaya pada sebelah petang.

Jelasnya, projek berkenaan dilaksanakan di bawah seliaan Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) bagi menyediakan kemudahan lebih baik dan selesa kepada peniaga serta masyarakat setempat.

Katanya, pelaksanaan projek berkenaan bukan sahaja dijangka meningkatkan keselesaan peniaga dan pengunjung, malah berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

“Projek ini diharapkan dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa kepada para peniaga serta masyarakat setempat.

“Selain itu, pelaksanaannya dijangka dapat merancakkan aktiviti ekonomi dan menyumbang kepada pembangunan kawasan Asajaya,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha