ARTIKEL

Pesta Bederun Balingian yang bakal memeriahkan Pekan Balingian pada September depan.

Pesta Bederun Balingian 2025 kembali September ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Pesta Bederun Balingian 2025 yang penuh dengan pengisian budaya, sukan tradisional dan aktiviti ekonomi tempatan bakal memeriahkan Pekan Balingian pada 5 hingga 7 September depan.

Yang Dipertua Persatuan Generasi Melanau Balingian merangkap Pengerusi Bersama penganjuran, Hafizzul Abdul Halim berkata, pesta ini merupakan acara ikonik Balingian.

Hafizzul (kanan) semasa mesyuarat pertama penyelarasan penganjuran Pesta Bederun Balingian 2025, semalam.

“Pesta ini memperkenalkan Balingian sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Sarawak.

“Ia akan diadakan selama tujuh hari dengan acara kemuncaknya berlangsung selama tiga hari terakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat pertama penyelarasan penganjuran pesta tersebut di Pejabat Daerah Mukah, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Hafizzul memberitahu bahawa Pesta Bederun Balingian bukan sahaja memartabatkan adat dan tradisi tempatan, malah membantu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Tambahnya, pengisian utama pesta tersebut adalah seperti sukan air seperti Lumba Bidar (Regatta), permainan darat tradisional, pameran pembangunan dan institusi pendidikan, Bazar Ria serta persembahan pentas kebudayaan.

Terdahulu, mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pesta Bederun 2025.

Hadir sama, wakil Pusat Khidmat Balingian, Kaunselor Semaon Yusuf dan Temenggong Hendi Suhai.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah