KIRA-KIRA 205 JUTA RAKYAT INDONESIA menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 untuk memilih presiden, naib presiden, ahli perhimpunan perundingan rakyat dan wakil untuk badan perundangan tempatan.
Secara umumnya, ia dilaksanakan bagi menentukan presiden dan naib presiden baharu untuk berkhidmat selama lima tahun bermula 2024 hingga 2029.
Pengundi turut memilih komposisi Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) yang terdiri daripada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta ahli badan perundangan tempatan.
Ahli MPR yang baharu dipilih secara rasmi menyandang jawatan mereka pada 1 Oktober 2024, manakala presiden dan naib presiden dijadual mengangkat sumpah pada 20 Oktober 2024.
Di samping itu, Pilpres 2024 disifatkan unik dan mempunyai kelainan jika dibandingkan dengan Pilpres sebelum ini.
Berdasarkan kenyataan pensyarah politik dari Universitas Profesor Dr Moestopo (Beragama) Jakarta, Dr Ryantori, Pelpris kali ini menarik kerana Penyandang Presiden, Joko Widodo (Jokowi) tidak memberi sokongan sepenuhnya terhadap calon daripada partinya sendiri.



