Pesta Rakyat Sarikei disambut meriah

SARIKEI: Lebih 2,000 penduduk hadir memeriahkan Pesta Rakyat yang berlangsung Padang Kampung Seberang di sini hari ini.

Pesta yang bermula jam 8.30 pagi itu dianjurkan bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N41 Kuala Rajang, Saberkas Kuala Rajang dan PBB N45 Repok.

Pengerusi penganjurnya, Mohd Tazullah Khan berkata, program yang bertemakan Jom Berambeh Bersama Komuniti ini sebahagian usaha mengukuhkan perpaduan di samping menggalak penyertaan masyarakat khususnya golongan belia dalam aktiviti sihat.

Selain itu katanya, ia juga bermatlamat mendekatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

“Kita menyemaraikan sebanyak 12 acara untuk memeriahkan lagi program ini. Antaranya ialah pertandingan Street Soccer, Street Soccer, Petanque, Dart, Sepaktakraw, Mewarna (Kanak-kanak Warga Emas), Gubahan Bunga, Memasak dan BeyBlade.

YUSUF mencuba sebuah motosikal yang pamerkan sempena penganjuran Pesta Rakyat Sarikei.

“Pada masa yang sama kita juga akan mengadakann Pertandingan Ratu Kebaya, Cosplay, Karaoke dan Kapal Terbang (Belon) Kertas,” katanya.

Beliau berkata, penganjur turut membuka peluang peniagaan kepada penjaja kecil melalui penglibatan 30 gerai pelbagai jualan.

Dalam pada itu katanya, perhimpunan bikers juga diadakan dan dijangka menarik penyertaan lebih 1,000 peminat motosikal daripada 30 buah kelab motor seluruh Sarawak.

“Sehubungan itu, seluruh warga Sarikei dijemput untuk bersama-sama memeriahkan penganjurannya,” jelasnya.

Majlis perasmian program disempurnakan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab manakala acara penangguhannya pula disempurnakan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang.

Hadir sama ADUN N46 Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

Pertandingan BeyBlade turut menarik perhatian ramai terutama kanak-kanak.

 

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

 

Pemenang pertandingan ratu kebaya.

Suara Sarawak