ARTIKEL

Azizul merasmikan majlis perasmian Pesta Sematan di sini, hari ini. | FOTO: MOHD ALIF NONI

Pesta Sematan 2025 pacu pertumbuhan ekonomi penduduk setempat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMATAN: Pesta Sematan terus menjadi landasan penting dalam memperkasakan warisan budaya serta merancakkan industri pelancongan tempatan, khususnya di kawasan Lundu dan Sematan.

ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, penganjuran pesta itu bukan sahaja menghidupkan semula semangat kebudayaan masyarakat, bahkan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial penduduk setempat.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak pada majlis perasmian pesta berkenaan di Pekan Sematan, hari ini.

Menurut Azizul, pelbagai acara seperti sukan, konsert dan persembahan kebudayaan yang akan menjadi tarikan pelancong luar serta mengangkat imej Sarawak sebagai destinasi pelancongan budaya yang unik.

Beliau turut menyampaikan hasrat Premier Sarawak untuk membangunkan kawasan Lundu sebagai destinasi pelancongan berasaskan rawatan dan penyembuhan semula jadi, selari dengan usaha Kerajaan Sarawak memperluas penawaran produk pelancongan negeri.

“Lundu kaya dengan sumber alam semula jadi seperti pantai berpasir putih, hutan hujan tropika dan gunung-ganang yang indah.

Pesta Sematan juga dilihat sebagai ruang integrasi komuniti dan platform mengetengahkan hasil tempatan seperti kraf tangan berasaskan kayu belian, manik, rotan serta produk hasil tani dan laut yang menjadi identiti kawasan ini.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu