ARTIKEL

Pesta Telaga Air 2026 platform ketengah keunikan, potensi pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Pesta Telaga Air 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 8 November ini di Kampung Telaga Air menjadi platform untuk mengetengahkan keunikan dan potensi pelancongan kampung-kampung di kawasan Padawan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai berkata penganjuran pesta tersebut akan mencipta peluang kepada masyarakat setempat dalam menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, dengan adanya pesta seperti ini, MPP mahu lebih ramai orang mengenali Kampung Telaga Air dan melihat sendiri apa-apa yang ditawarkan di kawasan ini.

Tan Kai bersama-sama ahli majlis MPP yang lain merakam gambar kenangan pada sidang media Pesta Telaga Air 2026.

“Apabila lebih ramai pengunjung datang, sudah tentu terdapat permintaan ke atas pelbagai perkhidmatan seperti penginapan, makanan, pengangkutan, produk tempatan dan aktiviti pelancongan.

“Ini merupakan peluang kepada pengusaha rumah inap, peniaga makanan, usahawan kecil, pengusaha pelancongan serta penduduk setempat untuk menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya pada sidang media Pesta Telaga Air 2026 di Pejabat MPP, di sini hari ini.

Bagi MPP, Tan Kai berkata pembangunan pelancongan yang berjaya bukan hanya diukur melalui jumlah pengunjung yang hadir, tetapi juga melalui manfaat ekonomi yang dapat dinikmati oleh masyarakat setempat.

Beliau berkata pihaknya mahu memastikan bahawa apabila sektor pelancongan berkembang komuniti tempatan turut mendapat manfaat dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan tersebut.

Tambahnya, penganjuran pada tahun lalu turut menjadi lokasi penganjuran Regata Telaga Air yang berjaya menarik perhatian ramai penonton, termasuk mereka yang mengikuti siaran langsung melalui Facebook.

“Kita berbangga melihat bagaimana sebuah kampung yang mungkin dahulunya lebih dikenali sebagai destinasi makanan laut kini turut mendapat perhatian melalui penganjuran acara sukan air yang mampu menarik pengunjung dari pelbagai tempat.

“Melalui Pesta Telaga Air 2026, kita berharap usaha mempromosikan Kampung Telaga Air dapat diteruskan, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di kawasan Padawan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur Pesta Telaga Air 2026 Shamsudin Unai berkata pelbagai aktiviti menarik dirancang untuk memeriahkan pesta termasuk Pertandingan Badang Telaga Air atau Telaga Air Strongest Man yang pastinya menarik perhatian ramai.

Katanya, pertandingan ini akan menguji kekuatan fizikal, ketahanan dan semangat juang para peserta.

Shamsudin berkata kepelbagaian aktiviti yang disediakan pada tahun ini mencerminkan usaha kita untuk menjadikan Pesta Telaga Air sebagai sebuah acara komuniti yang meriah, menarik dan terbuka kepada semua.

BERITA LAIN

Buruh ditahan miliki 0.5 gram dadah di Selangau

MUKAH: Seorang buruh tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.5 gram dalam operasi Ops Tapis di Jalan Pasar Tamu, Selangau, semalam.

BERITA TERBARU

Wakil tunggal Sarawak RDPJ FC perlu penaja

KUCHING: Wakil tunggal Sarawak, Red Deer Petra Jaya FC (RDPJ FC) memerlukan sokongan penaja bagi menampung kos penyertaan ke Grand Final Piala Cahya Mata 2026

Buruh ditahan miliki 0.5 gram dadah di Selangau

MUKAH: Seorang buruh tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.5 gram dalam operasi Ops Tapis di Jalan Pasar Tamu, Selangau, semalam.