ARTIKEL

Pesta Ujud kembali memeriahkan Simunjan Julai ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Acara sukan tradisional antara pengisian program pada hari kemuncak Pesta Ujud Edisi Ke-3 2023 pada 22 Julai depan bertempat di tebingan sungai Kampung Kelka, Simunjan.

Di samping pelbagai acara lain yang turut dilangsung sama untuk program yang berstatus nostalgia bagi warga Daerah Simunjan itu.

ADUN Simunjan, Awla Dris memberitahu, antara acara sukan tradisional yang akan dilangsungkan kelak ialah lawan pukul bantal atas titi (batang khas), memanjat tiang licin, melontar buah kelapa, bola sepak veteran tujuh sebelah, wau cantik dan sukaneka.

“Aktiviti nostalgia lainnya seperti memancing ikan, mento senek (menangkap anak udang) yang menggunakan cara masyarakat dahulu serta banyak lagi,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Awla, pesta berkenaan sebenarnya akan bermula dari 15 Julai nanti dan kemuncak program pada 22 Julai.

“Lebih menarik, program kali ini dianjurkan oleh jawatankuasa pengelola iaitu Angkatan Anak Kelka, Simunjan yang akan cuba menampilkan satu kelainan,” ujarnya.

Antara pengisian program termasuk pertandingan fesyen untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas, pertandingan karaoke serta pelbagai acara lain.

Katanya, penganjuran kembali pesta itu untuk memeriahkan sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah