ARTIKEL

Faisal Halim. Foto Bernama

Pestabola Merdeka 2024: Mohamad Faisal tidak tersenarai dalam skuad Harimau Malaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim tidak tersenarai dalam 26 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan berpusat Harimau Malaya bagi menghadapi Kejohanan Pestabola Merdeka 2024.

Ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki negara yang baharu Pau Marti Vicente berkata beliau berpandangan adalah lebih baik bagi Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim memberikan perhatian penuh kepada usaha memulihkan kecergasannya dan lebih banyak bermain bersama pasukan ‘Red Giants’ sebelum kembali menyertai pasukan kebangsaan.
“Saya rasa kita perlu berikan dia sedikit masa untuk cergas sepenuhnya, dan saya rasa apabila tiba masanya nanti, pasti kelabnya, dirinya dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), akan mencari waktu terbaik untuk dia kembali bersama kita,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Walaupun Faisal Halim tidak akan bersama skuadnya, jurulatih warga Sepanyol itu gembira melihat pemain itu kembali melangkah masuk ke padang, selepas diketepikan berikutan insiden malang serangan asid Mei lepas.

Pada 5 Mei lepas Faisal Halim mengalami kulit melecur tahap empat di beberapa bahagian badannya selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari. .

Pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu kemudian membuat penampilan pertamanya selepas insiden itu pada 16 Jun, dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan FC bagi kempen Piala FA, dan baru-baru ini beraksi dalam 45 minit pertama pada perlawanan Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024 membabitkan Selangor dan Singapura Sabtu lepas.

Sementara itu Vicente mengekalkan 18 daripada 26 pemain skuad itu bagi dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada 6 dan 11 Jun, masing-masing untuk menjalani kem latihan berpusat bermula 29 Ogos.

Lapan pemain baharu yang disenaraikan semula ialah penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Arif Aiman Mohd Hanapi, Romel Morales, Mohd Afiq Fazail, Muhammad Azam Azmi Murad, Darren Lok, Harith Haiqal Adam Afkar dan Muhammad Syafiq Ahmad.

Vicente berkata 11 pemain lagi ditempatkan dalam senarai simpanan dan bersiap sedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai itu, termasuk Shahrul Mohd Saad dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Stuart Wilkin (Sabah FC) dan Brendan Gan (Kuala Lumpur City FC).

“Saya rasa ia adalah senarai terbaik yang dirasakan boleh membantu kita untuk kejohanan ini dan kita juga sudah kenal dengan semua pemain ini, kita tahu apa yang boleh diharapkan daripada mereka dan kita akan cuba dapatkan yang terbaik daripada setiap mereka,” katanya.

Sementara itu Vicente mengumumkan ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara Juan Torres Garrido sebagai penolong pengurus baharunya bermula dari Kejohanan Pestabola Merdeka 2024.

Dalam saingan pertandingan bola sepak berprestij Asia yang memasuki edisi ke-43 itu, Malaysia diundi untuk bertemu dengan Filipina manakala juara bertahan Tajikistan akan bertemu Lubnan pada separuh akhir 4 Sept sebelum pemenang beraksi di final pada 8 Sept.

Malaysia muncul sebagai juara Pestabola Merdeka sebanyak 12 kali, dengan kali terakhir pada 2013.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman pula berkata pihaknya telah bersetuju untuk Vicente menerajui Harimau Malaya sehingga selepas Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2024 berakhir, hujung tahun ini.

Perlawanan menentang Filipina pada Kejohanan Pestabola Merdeka 2024 akan menjadi tugas pertama Vicente sebagai jurulatih skuad itu selepas menggantikan Kim Pan Gon bulan lepas.

Pan Gon secara rasmi meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 16 Julai atas sebab peribadi selepas dua tahun empat bulan memimpin pasukan kebangsaan Malaysia. – BERNAMA

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan