ARTIKEL

SEMAKIN MANTAP... Barisan petinju B.A.D Miri.

Petinju B.A.D raih tujuh pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Prestasi hebat dipamer petinju dari pasukan Boxing Athlete Development (B.A.D) Miri pada Kejohanan Tinju Bakat Dan Remaja 2026 yang berlangsung di Dewan MUC Sibu, baru-baru ini.

Kem kendalian tiga jurulatih berpengalaman, Melvin Wee, Claryst Kuon dan Muhammad Qayum Sipon itu berjaya meraih tujuh pingat keseluruhan – satu pingat emas, satu perak dan lima gangsa.

Pingat emas diraih Alexseanlam Anak Juti bagi Lelaki B17 Tahun, 48kg.

Pingat perak disumbang oleh Morrison Janggi Mackmillien (Lelaki B17 Tahun/50kg).

Sementara itu, pingat gangsa disumbangkan oleh Alexander Anji Kennedy (Lelaki B17 Tahun/44kg), Danieia Evenie Douglas (Perempuan Bawah 15 Tahun/46kg), Ayldrich Lorenzo Banyoi Tiong (Lelaki B17 Tahun/60kg), Alexzander Madang Juti (Lelaki Bawah 19 Tahun/54kg) dan Bong Chun Yee (Lelaki Bawah 23 Tahun/54kg).

Melvin Wee menyifatkan kecemerlangan dipamerkan petinju pada kejohanan tersebut sebagai perkembangan yang positif.

“Satu pencapaian yang amat membanggakan dipamer petinju pada kejohanan terbabit.

“Ia perkembangan yang positif bagi kami terutama barisan petinju muda,” ujar Melvin kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau akui, anak didiknya berdepan cabaran cukup sengit daripada lawan masing-masing pada pertarungan sebenar.

Bagaimanapun, mereka berusaha memberikan aksi terbaik pada perlawanan dilalui.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU