ARTIKEL

Petinju Sarawak diarah ke kem latihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Tinju Sarawak (SABA) mengarahkan petinju yang bakal mewakili negeri ke temasya Sukma 2021 kembali berlatih di pusat latihan.

Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo berkata, mereka mendapat arahan agar semua petinju mendaftar secepat mungkin untuk berlatih secara elit serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

“Setakat ini, hanya empat orang yang datang berlatih dan kita menjangkakan pada penghujung minggu ini semua atlet telah mendaftar.

“Kita juga telah menyediakan jadual latihan atlet bagi memantapkan persediaan ke Sukma tahun hadapan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak di Hotel Samudra, Jalan Nanas kelmarin.

Tambah beliau, latihan petninju kali itu sedikit berbeza apabila tiada latihan sentuhan dan hanya fokus kemahiran, ketangkasan tumbukan dan kecergasan fizikal.

Pengurus pasukan tinju Sarawak itu berkata, mereka mempunyai tiga jurulatih profesional iaitu ketua jurulatih, Muhammad Herman Morni, jurulatih teknikal Sapok Biki dan penolong jurulatih, Wilbur Buang Andogan yang akan memantau setiap sesi latihan.

Jelasnya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atlet-atlet hanya berlatih secara individu di dalam rumah dan lebih fokus kepada latihan kecergasan fizikal dan tumbukan angin.

Mengulas mengenai latihan di luar negara, ia bergantung kepada keadaan semasa dan keputusan pihak kerajaan.

“Sebelum ini, kita berhasrat untuk membawa atlet berlatih di Filipina atau Thailand, tetapi kerana situasi sekarang ini mungkin kita tangguhkan dahulu sehingga mendapat lampu hijau daripada kementerian,” jelasnya.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik