ARTIKEL

CEMERLANG...Datuk Johnny Ting Su King dan Datuk Dr Rahman Lariwoo (duduk di tengah) merakam gambar bersama-sama petinju dan jurulatih.

Petinju SUKMA Sarawak pamer kehebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prestasi cemerlang dipamerkan barisan petinju skuad Sukma pada Kejohanan Tinju Terbuka Antarabangsa Sarawak edisi kelima 2026.

Kejohanan berprestij enam hari (23-28 Jun) yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri itu menyaksikan anak didik Muhammad Helman Morni berjaya meraih 10 pingat keseluruhan – tujuh emas, dua perak dan satu gangsa.

Kesemua tujuh pingat emas terbabit disumbangkan oleh Patricia Jaquilina Bruce (54kg), Clavia Charlene Sudang Kenedy (57kg), Muhammad Irfan Mohamad Ishak (57kg), Abraham Samuel Jerry (67kg), Anderton Tie Teck Hieng (75kg), Khairil Hazami Sulam (57kg) dan Marcos Robert (80kg).

Sementara itu, dua pingat perak masing-masing disumbang oleh Davis Beckham Mit (60kg), Lam Wee Liang (63.5kg) dan Riq Roland (67kg).

Satu-satunya pingat gangsa disumbangkan oleh Lailatul Aini Sapian (54kg).

Pengurus pasukan, Datuk Johnny Ting Su King nyata gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh para petinju.

Kecemerlangan petinju terlibat dilihat sebagai penanda aras untuk lebih siap siaga menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan.

“Satu pencapaian yang cukup hebat dipamerkan petinju muda kita. Syabas dan tahniah kepada mereka atas kejayaan merangkul tiga pingat utama itu,” ujar Datuk Johnny kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

BERITA TERBARU