ARTIKEL

Petra Jaya dan kawasan sekitar dijangka alami tekanan air rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Air Kuching (KWB), bersama kontraktor telah menjalankan penilaian tapak pada hari ini berhubung paip besi mulur (ductile iron) di Jalan Premat.

Menurut kenyataan KWB, pemeriksaan tersebut dijalankan bagi menentukan kaedah pembaikan paling berkesan sambil meminimumkan gangguan terhadap bekalan air kepada pengguna.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat struktur konkrit yang dipasang di atas paip sebagai perlindungan,” jelas KWB dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kerja pengasingan paip utama yang terjejas telah dijadualkan bermula pada Selasa, jam 10.00 pagi, bagi membolehkan kerja awal serta proses pengorekan dimulakan.

Kesan daripada kerja tersebut, pengguna di beberapa kawasan dijangka mengalami gangguan tekanan air rendah, khususnya di Petra Jaya, Demak Laut hingga ke Bako.

“Kebocoran dikenal pasti berlaku di bahagian tengah jalan dan proses pembaikan akan melibatkan penggunaan jentera berat,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam usaha memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya, KWB memberi jaminan bahawa langkah keselamatan akan diberi keutamaan sepanjang kerja dilaksanakan.

“Kami menyeru semua pemandu dan pejalan kaki agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi papan tanda keselamatan yang dipasang di kawasan terjejas,” kata kenyataan berkenaan.

KWB turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kefahaman dan kerjasama sepanjang kerja pembaikan kritikal ini dijalankan, demi mengekalkan kebolehpercayaan perkhidmatan bekalan air.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha