KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena ulang tahunnya ke-50 pada tahun ini.
Menurut Ketua Media Komunikasi Petronas Jalina Joheng, pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti untuk diraikan bersama-sama komuniti.
“Kami merancang untuk memperingati ulang tahun ini bersama-sama rakyat Malaysia dan mahu memberi semula kepada komuniti.
“Kami menghargai sokongan daripada media dan masyarakat keseluruhannya,” katanya pada Majlis Makan Malam Petronas-Media, di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Jalina menghargai peranan media yang memberi sokongan dalam menyampaikan laporan berkaitan Petronas, terutamanya di Sarawak dan Malaysia.
“Anda telah membantu dan berkongsi mesej dan ucapan kami kepada orang ramai di Sarawak terutamanya.
“Apa yang lebih penting adalah liputan yang dibuat kebanyakannya adil, positif dan juga bermaklumat,” ujarnya.




